Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 mayat ditemui di Acapulco

    ACAPULCO, 22 MEI – Sepuluh mayat ditemui bergelimpangan di sekitar bandar peranginan Acapulco yang dahulunya glamor di Mexico, tetapi kini dilanda keganasan yang dikaitkan dengan jenayah terancang, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Mayat dua wanita dan empat lelaki ditinggalkan malam Isnin di sebuah jalan berhampiran pasar, menurut pejabat keselamatan awam tempatan. Media di bandar pantai Pasifik melaporkan bahawa mayat-mayat tersebut dibuang dari sebuah kereta.

    Satu tembakan di kawasan kejiranan Emiliano Zapata menyebabkan tiga lelaki maut dan tiga lagi cedera, tambah pihak berkuasa. Pihak berkuasa mendapati seorang lagi lelaki yang ditembak mati di kawasan pelancongan di bandar itu.

    Acapulco pernah menjadi taman permainan untuk orang kaya dan terkenal, tetapi ia telah kehilangan daya tarikannya dalam dekad yang lalu kerana pelancong asing ketakutan dengan pertumpahan darah yang menjadikannya salah sebuah bandar paling ganas di dunia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda