JOHANNESBURG, 22 MEI – Wabak kolera mengorbankan sekurang-kurangnya 10 mangsa di kawasan berhampiran Pretoria, ibu negara Afrika Selatan, kata pihak berkuasa kesihatan sambil menggesa orang ramai untuk meningkatkan kewaspadaan. Jabatan Kesihatan wilayah Gauteng, Pretoria, berkata 95 orang mendapatkan rawatan di hospital tempatan sejak Isnin lalu dan menunjukkan gejala taun, termasuk cirit-birit, kekejangan perut dan loya.