Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    10 meterai kontrak skim perantisan bersama SHENA

    Gambar serahan SHENA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Sepuluh orang belia telah menandatangani Kontrak Perjanjian Skim Perantisan Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) pada majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang dianjurkan bersama oleh SHENA dan JobCentre Brunei (JCB) di bawah Manpower Planning and Employment Council (MPEC) itu ialah Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Tenaga, JPM, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw selaku wakil peribadi Menteri di JPM, Yang Berhormat 

    Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi SHENA.

    Turut hadir ialah Ketua Sekretariat Tetap MPEC, Dr Hajah Siti Haziah binti Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Menandatangani bagi pihak SHENA pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sementara SHENA, Haji Azhar bin Haji Yahya.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Haji Azhar  menekankan bahawa acara itu merupakan tonggak pencapaian yang penting dalam membangunkan impak positif untuk terus membina dan mempertingkatkan budaya keselamatan dan kesihatan di Negara Brunei Darussalam serta meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan secara keseluruhan di peringkat nasional.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan SHENA di sini, skim tersebut bertujuan untuk melahirkan pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) yang berkemahiran
    tinggi.

    Ia merupakan program pembangunan dengan rangka kerja yang teratur, di mana perantis akan berkhidmat di SHENA dalam program i-Ready selama 18 bulan, dan kemudian disambung selama enam bulan lagi.

    Sepanjang menyertai program berkenaan, SHENA akan melengkapkan para perantis dengan pengalaman kerja yang relevan melalui kemahiran praktikal dan pensijilan yang berkaitan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran mereka, sekali gus menjadikan mereka industry ready.

    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan penandatanganan kontrak berkenaan.
    Belia-belia yang menandatangani Kontrak Perjanjian Skim Perantisan SHENA pada majlis itu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...