PUL-E-KHUMRI, Afghanistan, 6 Nov – Pasukan Afghanistan telah menangkis serangan Taliban yang menyerang pusat pemeriksaan polis di sekitar bandar Baghlan, Pul-e-Khumri, malam kelmarin.
“Taliban melancarkan serangan besar pada Sabtu malam di sebuah pusat pemeriksaan pasukan keselamatan di ibu kota wilayah Baghlan Pul-e-Khumri, tetapi telah berundur setelah mengalami kekalahan besar dan meragut 10 nyawa,” kata Sari kepada wartawan di sini.
Beliau juga menambah bahawa 11 lagi pemberontak mengalami kecederaan dalam pertempuran, dengan mengatakan pasukan keselamatan akan terus mengejar pemberontak.
Dua anggota keselamatan, katanya, cedera dalam pertempuran. – Xinhua