Friday, January 10, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 pasukan kementerian sertai kejohanan bola jaring

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke-31, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Negara Brunei Darussalam menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Antara Kementerian-kementerian bagi Tahun 2025 hari ini.

    Bermula hari ini, 10 Januari, 17 Januari, dan 24 Januari bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dengan penyertaan sebanyak 10 kementerian yang terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

    Dua kategori dipertandingkan dalam kejohanan tersebut iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Veteran. Kategori Terbuka disertai oleh sepuluh buah pasukan iaitu daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

    Manakala Kategori Veteran disertai empat buah pasukan iaitu daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Antara lain tujuan kejohanan diadakan adalah sebagai projek pembangunan sukan bola jaring jangka masa panjang dan berterusan, di samping meningkatkan kerja sama dan persefahaman di kalangan pegawai-pegawai di bawah kementerian masing-masing dalam memajukan dan meningkatkan mutu sukan bola jaring di Negara Brunei Darussalam.

    Kejohanan juga dapat menyiapkan pemain-pemain untuk membiasakan diri dengan suasana perlawanan bola jaring yang standard serta memberikan galakan dan dorongan kepada semua lapisan masyarakat supaya bergiat aktif dalam aktiviti sukan di samping menarik minat dan memberikan keyakinan diri pemain-pemain.

    Orang ramai dijemput hadir menyaksikan kejohanan berkenaan bagi sama-sama memeriahkan lagi dan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

       Suasana semasa kejohanan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda