Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 paus mati terdampar di pantai Indonesia

    KUPANG, INDONESIA, 30 JULAI – Sebanyak 10 ekor paus mati di pantai Indonesia hari ini, kata para pegawai, manakala beberapa gambar menunjukkan penduduk tempatan berusaha menolak haiwan yang masih hidup kembali ke laut.

    Ketua Agensi Pemuliharaan Air di Nusa Tenggara Timur, Ikram Sangadji, berkata mamalia laut sepanjang dua hingga enam meter itu ditemui terdampar di wilayah terpencil Timur Nusa Tenggara.

    Rakaman menunjukkan kira-kira 10 lelaki berusaha menolak paus ke-11 yang masih hidup kembali ke laut dan mereka berjaya, namun ikan paus itu mengalami luka yang dalam.

    “Pegawai telah mengesahkan bahawa paus itu adalah daripada spesies paus sirip pendek.

    “Ikan paus sirip pendek sangat sosial dan sering dilihat terdampar dalam jumlah yang banyak, namun saintis masih belum jelas mengenai punca mengapa ia terjadi,” tambah Sangadji.

    Penduduk sekitar membantu menggali kubur untuk menanam bangkai paus yang mati, kebanyakannya akibat luka terkena batu tajam.

    Ombak di pantai membawa risiko berbahaya bagi paus kerana haiwan itu mungkin terperangkap antara kawasan terumbu berdekatan dengan pantai. – AFP

    Gambar menunjukkan penduduk melihat seekor ikan paus yang mati di pantai Lie Jaka, Indonesia pada 30 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda