10 pekerja hilang insiden bot karam

PEKAN BARU, INDO-NESIA, 23 JAN – Seramai 10 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot membawa 20 orang pekerja yang merupakan penghijrah karam di luar pesisir laut kepulauan Sumatera Indonesia, kata pegawai pencarian dan penyelamat hari ini.

Kapal kayu, yang dikatakan berlepas dari negara jiran Malaysia, dipenuhi dengan air selepas ombak tinggi membadai kapal mereka petang kelmarin.

“Terdapat 20 orang di atas kapal – 10 daripada mereka diselamatkan, manakala 10 yang lain masih hilang,” kata pegawai pencarian dan penyelamat tempatan Leni Tadika kepada Metro TV.

Pekerja yang diselamatkan, yang memakai jaket keselamatan, ditemui oleh nelayan pada petang kelmarin. Polis berkata semua anak kapal adalah pendatang haram. – AFP