Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC –10 pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dari Sekolah Menengah Berakas (SMB), telah menerima sumbangan dalam Majlis Khairat Ta’awun Fii Ramadan sempena bulan Ramadan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini.
Majlis penyampaian khairat berkenaan berlangsung di perpustakaan sekolah berkenaan dengan dihadiri oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran, Rosman bin Haji Kasah sebagai wakil Pengetua SMB.
Dengan adanya sumbangan berupa barangan keperluan harian bagi bulan Ramadan dan Syawal, diharap dapat mengurangkan beban dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga sekolah dan keluarga pelajar.
Semua di atas: Antara yang menerima sumbangan di majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SMB