Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Seramai 10 orang pelajar yang terpilih bagi menerima Biasiswa Syarikat-syarikat Gabungan Brunei Shell (Brunei Shell Joint Ventures – BSJV) hari ini menandatangani perjanjian kontrak biasiswa dalam satu majlis yang telah berlangsung di Dewan Indera Samudra, The Empire Hotel and Country Club, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia dan SHENA), di Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Haji Kamaludin bin Haji Bungsu.
Juga hadir ialah menyaksikan penandatangan itu ialah Pengarah Urusan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) Dr. Ceri Powell dan Pengarah Sumber-Sumber Manusia BSP, Hajah Zainab binti Haji MA Omar.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn