Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 pelatih Uniklearn pelajari masakan Thai

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Seramai 10 orang pelatih di bawah Program Uniklearn berpeluang untuk mempelajari cara untuk menyedia masakan kari hijau, salah satu masakan popular Thai, menerusi demonstrasi memasak yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Diraja Thailand di Brunei Darussalam bagi warga An-Nur Harapan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-93 Baginda Permaisuri Sirikit, Bonda Permaisuri yang jatuh pada 12 Ogos, yang berlangsung di Pusat An-Nur Harapan, hari ini.

    Berkenan berangkat ke acara berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi An-Nur Harapan, Suzanne Aeby dan Pengurus Besar An-Nur Harapan, Dayang Melline binti Haji Jaini.

    Acara itu mengetengahkan demonstrasi masakan Thailand yang menampilkan Cef Thikamporn Sawangarom dari Kedutaan Diraja Thailand dalam menunjuk cara menyediakan hidangan kari hijau.

    Duta Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai dalam ucapannya di acara berkenaan, menyatakan bahawa Kedutaan Thailand akan terus melaksanakan kerjasama dan sokongan bagi Program Uniklearn serta berharapa para pelatih akan terus berjaya dalam pekerjaan mereka.

    Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada BNH Hospital Thailand kepada An-Nur Harapan manakala itu, wakil dari Hong Guan, Alex Lim juga menyampaikan sumbangan kepada An-Nur Harapan.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar ramai dengan PYT Boosara Kanchanalai dan warga Kedutaan Thailand serta para pelatih Program Uniklearn. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Para pelatih Program Uniklearn menyertai aktiviti kelas masakan. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda