Oleh Daniel Lim
BELAIT, 30 SEPT – Dua pelanggan bertuah Pusat Membeli-belah KB Sentral berpeluang membeli-belah secara percuma di Jaya Hypermart setelah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah bulanan bagi September.
Seramai 200 orang pelanggan yang membeli-belah, makan, menonton wayang dan bermain di pusat membeli-belah berkenaan dipilih untuk menyertai cabutan berkenaan, kelmarin tetapi hanya 10 pelanggan bertuah membawa pulang hadiah.
Dayang Maimunah binti Dullah dan Dayang Rosni binti Mahali terpilih sebagai pemenang utama bagi bulan ini yang memenangi ‘KBSentral Shopping Dash’ di mana kedua-dua mereka diberi masa dua minit untuk membeli-belah apa sahaja yang mereka ingini.
Dayang Rosni telah membeli-belah barangan runcit berjumlah $100 manakala itu, Dayang Maimunah membeli-belah sehingga $250.
Sementara itu, lapan pemenang yang lain membawa pulang barang-barang runcit dan rumah seperti beras, minyak masak, telur, bahan cuci, makanan dalam tin serta baucar-baucar makanan daripada Pastamania, Sushi-Tei dan Waroeng Penyet.
