BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, telah menyampaikan hadiah berupa peranti B&O BeoPlay kepada 10 pemenang dua pusingan pertama Kempen Barakah 8 dari Julai hingga September 2018.
Penyampaian hadiah pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat BIBD di ibu negara telah disempurnakan oleh Ketua Pengurusan Produk, Kumpulan Perbankan Runcit, Hajah Adinah binti Haji Jamudin.
Menurut kenyataan BIBD, sepanjang kempen yang bermula 15 Julai 2018 hingga 15 Januari 2019 itu, para pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bulanan dan secara automatik menyertai cabutan utama untuk memenangi pakej-pakej perjalanan sama ada bagi umrah atau pelancongan ke Eropah bernilai $25,000 atau hadiah-hadiah eksklusif lain apabila melanggan mana-mana produk dan perkhidmatan BIBD atau menetapkan gaji kepada BIBD.