Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Daripada lebih 300 orang yang menyertai Kempen Q and A di laman sosial McDonald’s hanya 10 pemenang telah terpilih dan menerima hadiah masing-masing pada majlis yang diadakan di cawangannya di Gadong, hari ini.
Kempen yang berlangsung sejak 19 November itu adalah sempena menyokong Larian Brunei yang akan diadakan pada awal Januari 2020 nanti.
Pada majlis penyampaian hadiah itu, lima pemenang membawa pulang hadiah untuk penyertaan larian bagi Kategori 5km manakala lima pemenang membawa pulang hadiah berupa penyertaan larian untuk Kategori 10km iaitu penyertaan percuma untuk Larian Brunei 2020, pingat, baju, tuala dan beg.
Hadiah-hadiah berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran McDonald’s Brunei, Dayang Noor Hafilah binti Mohd Salleh. Kempen yang diadakan merupakan kerjasama dengan United Nation International Day of Sport for Development and Peace yang bertujuan untuk mempromosikan cara hidup sihat.
Sempena majlis penyerahan hadiah berkenaan, McDonald’s Brunei juga memperkenalkan burger udang baharu iaitu Ebi Burger.
