Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 pemenang terima hadiah hebat

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 25 OGOS – Clarence Er Chee Sheng muncul pemenang utama cabutan bertuah bulanan Bah Manang bagi bulan Ogos anjuran Pusat Membeli-belah KB Sentral hari ini.

    Daripada 200 orang pelanggan yang disenaraipendek, Clarence Er Chee Sheng beruntung kerana namanya tercabut bagi memenangi hadiah utama berupa hamper troli Jaya Hypermart yang dipenuhi dengan barangan dapur serta Baucar Pakej Keluarga Jerudong Park tajaan Jerudong Park Country Club.

    Pemenang kedua diraih oleh Dayang Rosnani binti Haji Utun, membawa pulang hamper serta baucar hidangan Sushi-Tei, dan pemenang ketiga cabutan bertuah iaitu Dayang Nur Qamarina turut membawa pulang hamper dan baucar makan Auntie Anne’s.

    Dayang Salma binti Hamijah and Chew Foo Choon masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima, membawa pulang hamper dan baucar minuman Ochado.

    Manakala pemenang keenam hingga ke-10, Haji Mohd Faisal bin Haji Nordin, Asma Hidayati binti Omar, Lai Yuk Lean, Whitney Then Yi Han, Nur Alisa Sofia

    binti Abdullah Wee dan Dayang Syasya Afian, tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut memenangi hamper.

    Kesemua pemenang cabutan bertuah Bah Manang bagi bulan Ogos bergambar ramai bersama hadiah masing-masing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda