Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Sebanyak 10 persembahan ditonjolkan di Pentas Anugerah Express E-Hits 2 untuk menentukan pemenang pada anugerah berkenaan yang akan berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre pada 13 Ogos ini.
Anugerah Express E-Hits 2 anjuran Radio Televisyen Brunei (RTB) akan mengetengahkan artis-artis yang bertanding iaitu Zael Osman, Fairuzneezan, Isyraf Yusri, Dila Junaidi, Aie Rahman, Qeez Idrus, Andie Othman, D’3VO dan Ezah Hashim.
Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan hadir untuk menyaksikan dan memeriahkan lagi suasana pada malam berkenaan.
Sebelum bertolak hadir, orang ramai digalakkan untuk membuat ujian pantas antigen (ART) dengan hasil ujian negatif.
Individu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan COVID-19 ditegah hadir.
Pemakaian pelitup muka adalah dimestikan di sepanjang acara dan BruHealth mestilah berwarna hijau atau kuning.
Siaran langsung Anugerah Express E-Hits 2 boleh diikuti melalui saluran-saluran Televisyen RTB Aneka dan RTBGo. Acara juga akan disiarkan secara langsung melalui rangkaian Radio Pelangi FM.
