Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Seramai 10 orang peserta sukarelawan Program Reintegrasi, Rakan Strategi daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan bersama para pegawai Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara telah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah, di sini, kelmarin.
Rombongan lawatan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Penjara, Awang Kadir Malek bin Hassan.
Sepanjang lawatan, rombongan diberikan taklimat mengenai latar belakang sejarah Negara Brunei Darussalam dan latar belakang jabatan berkenaan. Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Dewan Pameran Salasilah dan dewan-dewan pameran yang ada di sana.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti hujung tahun bagi mengeratkan lagi silaturahim dan permuafakatan antara para sukarelawan program tersebut, di samping mengisi masa terluang dengan aktiviti yang bermanfaat pada bulan Disember ini.
