Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 saudara ketua Hamas terkorban dalam serangan Israel

    GAZA, 25 JUN – Agensi pertahanan awam Gaza berkata serangan udara tentera Israel pada awal pagi tadi mengorbankan 10 ahli keluarga ketua Hamas, Ismail Haniyeh.
     
    Serangan itu mengenai rumah keluarga Haniyeh di kem pelarian Al-Shati, di utara Semenanjung Gaza, kata Mahmud Basal, jurucakap pertahanan awam wilayah yang diperintah Hamas.
     
    “Terdapat 10 syuhada…akibat serangan, termasuk Zahr Haniyeh, adik perempuan ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh,” beritahu Mahmud Basal kepada AFP selain melaporkan beberapa orang juga cedera dalam serangan itu.
     
    Beliau berkata beberapa mayat berkemungkinan masih berada di bawah runtuhan tetapi ‘kami tidak mempunyai peralatan yang diperlukan’ untuk mengeluarkan mereka.
     
    Kru pertahanan awam memindahkan mayat ke hospital Al-Ahli di Bandar Gaza berhampiran.
     
    Haniyeh berkata kira-kira 60 ahli keluarganya telah terbunuh sejak perang Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober lalu. – AFP
     
    Penduduk mencari mayat adik perempuan Ismail Haniyeh selepas pengeboman Israel di kem Shati untuk pelarian Palestin di barat Kota Gaza, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda