Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 sertai bengkel juruacara

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Seramai 10 orang ahli pengakap kelana, pemimpin pengakap dan pesuruhjaya ibu pejabat telah menerima sijil setelah berjaya menamatkan Bengkel Asas Juruacara Majlis anjuran Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta ialah Ketua Pesuruhjaya PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Awang Samsudin bin Haji Ahmad.

    Bengkel yang berlangsung dua hari itu telah dikendalikan oleh Haji Mohamad Paizzal bin Haji Piluk selaku salah seorang ahli pengakap dewasa dalam Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara.

    Dengan adanya bengkel berkenaan, ia diharap dapat melahirkan lebih ramai juruacara yang berkemahiran dalam penulisan skrip dan penyampaian yang baik.

    Di samping itu, ia juga bertujuan sebagai salah satu persediaan bagi menampung permintaan juruacara terutamanya semasa mengacarakan aktiviti dan kegiatan bersempena karnival 90 tahun berpengakap pada tahun ini.

    Haji Awang Badar bergambar ramai bersama para peserta bengkel. – Gambar serahan PPNBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda