Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 tahun Jang Dong Yoon masih pelajar universiti

    Pelakon Korea Selatan, Jang Dong Yoon mendedahkan dia masih belum menamatkan pengajian di Universiti Hanyang meskipun sudah lebih 10 tahun bergelar pelajar.

    Perkara itu dikongsikan Dong Yoon menerusi video satu saluran YouTube, Ahn So Hee yang dimuat naik pada 12 September lalu.

    Dalam video tersebut, Dong Yoon berseloroh dirinya kini boleh digelar sebagai ‘senior tahun ke-10’ selepas sekian lama berada di universiti itu tanpa menamatkan pengajian.

    “Universiti Hanyang seperti rumah kedua saya. Rasa seronok berada di sini. Malangnya, saya belum lagi bergraduasi. Saya masih di tahun keempat dan sudah jadi senior selama 10 tahun. Macam tajuk drama 10th-Year Senior,” katanya.

    Jang Doon yang berasal dari Daegu mengikuti jurusan ekonomi dan kewangan di universiti tersebut.

    Dia sebelum ini pernah menjadi perhatian media pada 2015 apabila berjaya menggagalkan cubaan merompak di sebuah kedai serbaneka ketika masih bergelar pelajar. 

    Ketika itu dia digelar sebagai ‘pelajar kacak tangkap perompak’ sebelum menerima pelbagai tawaran daripada agensi hiburan dan akhirnya debut sebagai pelakon selepas menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram.

    Drama pertama yang dibintanginya adalah Women at a Game Company yang ditayangkan pada 2016. – Agensi

    Kali pertama Dong Yoon menerima tawaran berlakon pada 2015. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda