Bagaikan bulan jatuh ke riba, demikian perasaan Ippo Hafiz apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sudi menyanyikan lagu ciptaannya. Sejak memasuki industri pada 2009, penyanyi dan komposer memasang impian menghasilkan lagu buat penyanyi kesayangan ramai itu. Beberapa cubaan menghantar demo sepanjang tempoh berkenaan, Ippo sering menerima jawapan menghampakan pengurus penyanyi itu, Rozi