Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    10 tan ikan mati ditemui

    WARSAW, POLAND, 12 OGOS – Poland telah menghantar tentera untuk membantu membersihkan Sungai Oder, yang mengalir merentasi sempadan Jerman, selepas 10 tan ikan mati timbul dari jalan air dalam apa yang disifatkan pegawai sebagai ‘bencana ekologi.’

    Persatuan nelayan di Zielona Gora, bandar di Barat Poland, berkata hari ini ia sedang menggantung penangkapan ikan di sungai itu disebabkan laporan dalam media Jerman mengatakan sungai itu mungkin dicemari merkuri.

    Siasatan telah dilancarkan untuk menentukan punca kematian besar-besaran ikan itu. Sejumlah besar ikan mati pertama dikesan berdekatan bandar Olawa pada akhir Julai, selain haiwan seperti beaver.

    Przemyslaw Daca, ketua Jabatan Air Poland, berkata semalam 10 tan ikan mati telah dikeluarkan dari sungai itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...