Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 terbunuh dalam nahas di India

    NEW DELHI, 4 JULAI – Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 15 lagi cedera apabila sebuah trak yang dipandu laju melanggar tiga kenderaan di sebuah lebuh raya di negeri Maharashtra di barat daya India pada Selasa.

    Insiden itu berlaku di lebuh raya di daerah Dhule yang menghubungkan ibu kota kewangan Mumbai dengan bandar utara Agra.

    Menurut pegawai polis, nahas berpunca akibat kegagalan brek trak, menyebabkan ia merempuh ketiga-tiga kenderaan itu. Kesemua 10 mangsa maut di tempat kejadian, lapor Xinhua.

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lori terbabit terlebih dahulu melanggar kenderaan, terbalik sebelum merempuh sebuah kedai makan yang terletak di tepi jalan.

    Mangsa yang cedera dihantar ke hospital, termasuk beberapa daripadanya dilaporkan kritikal. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda