BEIRUT, 30 JAN – Pesawat perang menyerang sebuah bandar di sebuah enklaf pemberontak di barat laut Syria, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang termasuk beberapa orang yang menyelamatkan diri dari serangan itu, aktivis pembangkang dan perkhidmatan penyelamat berkata hari ini.
Serangan itu dipercayai telah dilakukan oleh pesawat perang Rusia yang menyokong serangan kerajaan Syria, juga mengakibatkan perkhidmatan hospital tempatan tergendala.
Serangan malam kelmarin ke atas Ariha, bandar di wilayah Idlib, menjadi enklaf pemberontak, berada di bawah serangan sengit di tengah-tengah kemaraan kerajaan Syria di kawasan yang telah dikawal oleh pihak pembangkang selama hampir lapan tahun.
Pemerhati Hak Manusia yang berpangkalan di Britain berkata serangan udara itu dipercayai dilakukan oleh pesawat perang Rusia, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam.
Penyelamat Pertahanan Awam Syria, dikenali sebagai ‘White Helmets’, meletakkan angka kematian pada 11 orang, termasuk seorang kanak-kanak, sambil mengatakan kebanyakan mereka terbunuh ketika pesawat perang Rusia menyerang jalan yang digunakan oleh orang yang dipindahkan dalam usaha meninggalkan Ariha. – AP