Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 terbunuh trak rempuh bar

    PANAMA CITY, 2 SEPT – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 17 cedera selepas sebuah trak merempuh bar di barat Republik Dominika pada pagi kelmarin, lapor Xinhua, memetik media tempatan.

    Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3 pagi di bandar Las Yayas di wilayah Azua, apabila trak itu hilang kawalan pada kelajuan tinggi dan merempuh sebuah bar tempatan, menyebabkan ramai yang terbunuh, menurut laporan media tempatan.

    Pihak berkuasa trafik tempatan berkata jumlah kematian berkemungkinan meningkat kerana sebahagian daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

    Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian, dengan spekulasi bahawa kerosakan pada trak atau memandu dalam keadaan mabuk mungkin menjadi punca kemalangan itu. – Bernama

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda