Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 terima kerusi keselamatan anak damit

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 31 JULAI – Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan kerusi keselamatan anak damit, SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd, syarikat pelaburan langsung asing di Brunei dengan kerjasama Mothercare telah menyumbangkan kerusi keselamatan anak damit, pagi tadi.

    Majlis penyampaian sumbangan kerusi kepada 10 orang ibu bapa itu diadakan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Akauntan di SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd, Hajah Roslinah binti Salleh.

    Hajah Roslinah dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan bahawa sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan tanggungjawab sosial korporat mereka dalam memberikan penekanan kepada penjagaan keselamatan untuk generasi baharu.

    Majlis tersebut diselajurkan dengan sesi demonstrasi pemasangan kerusi keselamatan dengan betul yang disampaikan oleh Aileen dan Johnny selaku perwakilan daripada Mothercare.

    Gambar ramai penerima bersama perwakilan SC Tubular dan Mothercare.
    Anak damit diletakkan dalam kerusi keselamatan dengan cara yang betul.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda