Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 termasuk tujuh orang awam cedera dalam letupan bom

    NARATHIWAT, 16 OKT – Tiga anggota polis dan tujuh orang awam cedera dalam satu kejadian letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Yi Ngo, Narathiwat, di selatan Thailand, pagi tadi.
     
    Ketua Polis Daerah Yi Ngo, Kol. Pol. Naravi Binwaerong berkata pihaknya menerima laporan mengenai letupan bom di tepi jalan di Pekan Yi Ngo pada 8:50 pagi. 
     
    “Hasil siasatan awal mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 10 kilogram telah dipasang di tepi jalan berhampiran kedai kopi di pekan Yi Ngo, kira-kira 200 meter dari Balai Polis Daerah Yi Ngo dan dipercayai menyasarkan pihak polis,” katanya kepada pemberita di sini.
     
    Naravi berkata daripada jumlah mangsa yang cedera, empat orang awam, termasuk seorang wanita warga emas berusia 79 tahun mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Narathiwat Rachanakharin untuk menerima rawatan. – Bernama
     
    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda