DHAKA, BANGLADESH, 20 JAN – Mahkamah di Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman gantung kepada 10 anggota kumpulan militan Islam yang diharamkan sehingga mati atas serangan bom terhadap perhimpunan Parti Komunis pada 2001.
Hakim Mahkamah Dhaka, Mohammed Rabiul Alam membuat keputusan itu di ruang sidang yang penuh sesak manakala empat terdakwa berada di kandang.
Kesemua mereka dalam perbicaraan tergolong dalam kumpulan Harkat-ul Jihad al-Islami yang diharamkan.
Kumpulan ini menganggap Parti Komunis sebagai sebuah pasukan anti-Islam. Pada 20 Januari 2001, serangan bom di perhimpunan parti di Dhaka membunuh lima orang dan mencederakan 50 orang lain. – AP