Friday, October 25, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 warga Iran dihukum penjara seumur hidup

    COLOMBO, 24 OKT – Mahkamah Sri Lanka menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 10 lelaki Iran kelmarin selepas mereka mengaku bersalah menyeludup lebih 111 kilogram heroin, kata polis.

    Lelaki tersebut merupakan antara 17 yang ditahan di perairan Sri Lanka pada April 2016 setelah didapati membawa dadah dengan bot pukat tunda Iran, menurut polis.

    Mahkamah Tinggi Negombo telah menjadualkan perbicaraan lanjut berhubung tujuh suspek lain bulan depan, kata polis dalam satu kenyataan.

    Mereka terdiri daripada tiga warga Sri Lanka, dua warga Pakistan, seorang India dan seorang lagi warga Singapura, tambah kenyataan itu.

    Hukuman kelmarin menandakan kumpulan terbesar warga asing yang dipenjarakan kerana penyeludupan dadah di Sri Lanka. Pihak berkuasa Sri Lanka telah berkata rampasan sejumlah besar heroin di luar pantainya menunjukkan Colombo dijadikan sebagai hab transit bagi kegiatan dadah untuk dihantar semula ke Timur Jauh.

    Tahun lalu, sembilan warga Iran menerima hukuman penjara seumur hidup dalam kes penyeludupan dadah berasingan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda