Friday, October 18, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 belia sertai klinik bola sepak bersama pemain Legenda EPL

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pagi tadi berkenan berangkat menyaksikan klinik bola sepak bersama pemain-pemain legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Padang Mini Stadium Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD).

    Turut berangkat menyertai klinik bola sepak itu ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengarah Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif imagine Sdn Bhd, Allen On.

    ​​Seramai 100 orang belia dari pelbagai sekolah di negara ini menyertai klinik berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan imagine, klinik itu dikendalikan oleh bekas Jurulatih Kebangsaan Paralimpik Singapura dan Jurulatih Pasukan Wanita Kebangsaan, Jasper Richard Thomas selaku ketua jurulatih bersama pemain-pemain Legenda EPL, perwakilan FABD dan Legenda Bola Sepak Dunia (WFL).

    Klinik berkenaan disediakan untuk pemain bola sepak remaja daripada pelbagai peringkat umur dari sekolah-sekolah kerajaan dan swasta terpilih bagi mempromosikan kesejahteraan am pemain bola sepak muda dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran teknikal, taktikal, fizikal dan sosial mereka dalam bola sepak.

    Program klinik berkenaan diisikan dengan sesi pemanasan badan yang dikendalikan oleh jurulatih dari Jab Gym.

    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan mendengarkan penjelasan daripada salah seorang pemain Legenda EPL. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda