Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 cedera, gempa bumi di barat laut afghanistan

    HERAT, AFGHANISTAN, 15 OKT – Gempa bumi magnitud 6.3 menggegarkan Afghanistan barat hari ini, menyebabkan seorang maut dan puluhan orang cedera di wilayah yang sama di mana lebih dari 1,000 orang meninggal dunia akibat gempa minggu lalu.

    Penduduk di bandar Herat baharu saja mula kembali ke rumah mereka apabila gempa melanda, setelah beberapa hari tidur di luar kerana bimbang akan gempa susulan dari gempa minggu lalu.

    “Penduduk Herat panik dan takut,” kata Hamid Nizami, pedagang 27 tahun. ‘Ini adalah rahmat Allah bahawa itu terjadi di siang hari, ketika orang ramai masih terjaga’.

    Gempa hari ini terjadi sekitar pukul 8 pagi dengan pusat gempa 33 kilometer di sebelah barat laut bandar Herat, ibu kota wilayah yang sama dan diikuti oleh gempa susulan dengan magnitud 5.4 dan 4.2, menurut tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS).

    Abdul Qadeem Mohammadi, ketua doktor di Rumah Sakit Regional Herat, mengatakan kepada AFP bahawa ‘setakat ini 93 orang cedera dan seorang maut telah didaftarkan’.

    Pegawai pengurusan bencana negara berkata, mereka masih menyiasat skala kemusnahan.

    Satu lagi gempa bumi berukuran 6.3 magnitud dan lapan gempa susulan yang kuat menggegarkan bahagian yang sama di Herat pada 7 Oktober, meruntuhkan sebahagian besar rumah di luar bandar.

    Kerajaan Taliban berkata lebih 1,000 orang terbunuh dalam gegaran minggu lalu, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan angka itu hampir 1,400 lewat kelmarin. – AFP

    Orang yang cedera menerima rawatan selepas gempa bumi kuat di wilayah Herat, barat Afghanistan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda