Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Kira-kira 100 guru agama Unit Sekolah-sekolah Swasta Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam (JPI) dari keempat-empat daerah telah mengikuti Program Riadah di Taman Mahkota Jubli Emas, ibu negara, pagi tadi. Acara riadah yang dihadiri Ketua Unit berkenaan, Awang Yahya bin Haji Said itu dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya aktiviti berjalan kaki di sekitar taman tersebut.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P6-3A_041117.jpg)