Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Dalam usaha mempererat ukhuwah dan menyemarakkan syiar Islam dan menyemarakkan kemeriahan Aidilfitri bersama mualaf, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pengembangan Dakwah (Dakwah Khas) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk Rumah Panjang Kukub serta kampung-kampung sekitarnya kelmarin.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Pemangku Ketua Bahagian Pengembangan Dakwah selaku ketua rombongan, Ustaz Pengiran Haji Jufri Bin Pengiran Haji Hidup.
Turut dihadiri adalah ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Ketua Mukim Sukang memata-matai Mukim Melilas dan Ketua Kampung Bukit Sawat, Yang Berhormat Awang Mohammad Bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Majlis berkenaan menyaksikan kehadiran seramai 100 orang tetamu. Selain sesi ramah mesra bersama penduduk, turut diadakan acara penyampaian hamper dan saguhati kepada para mualaf dan juga warga bukan Islam dari kawasan sekitar.
Majlis dianjurkan dengan tujuan untuk memperkenalkan keindahan dan nilai-nilai murni perayaan Islam kepada masyarakat bukan Islam serta menjadi platform untuk mengukuhkan lagi silaturahim antara penduduk Kampung Kukub dan kawasan sekitarnya sama ada yang beragama Islam, mualaf mahupun bukan Islam dengan para pegawai dan kakitangan PDI.
Semua di atas: Suasana semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PDI