Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Bagi memberi penghargaan kepada para pengunjung Bazar Hari Kebangsaan 2017, Azreyll Outlet, petang tadi, telah memberikan 100 helai shawl percuma kepada 100 pengunjung terawal ke bazar berkenaan.
“Pemberian shawl itu adalah julung kalinya diadakan dan antara lain bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana bazar sekali gus mempromosi produk Azreyll sendiri,” kata Pengurus, Dayang Nuramalina binti Haji Tuah.
Tambahnya lagi, shawl yang diberikan itu adalah keluaran produk Azreyll sendiri yang mana 33 helai daripada jumlah shawl yang diberikan secara percuma itu adalah koleksi terbaru Azreyll dan turut menyatakan bahawa sebelum bulan Ramadan nanti, Azreyll Outlet akan melancarkan baju dan seluar Palazzo.
![Dayang Nuramalina memberikan 100 helai shawl percuma kepada pengunjung yang datang ke bazar berkenaan.](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/3A_240217.jpg)
Azreyll Outlet telah ditubuhkan pada Ogos 2016 oleh Dayang Nuramalina yang merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti Brunei Darussalam yang mana sebelum ini beliau bermula dengan menjual produk luar negara dan kini berjaya menghasilkan jenamanya sendiri.
Bazar Hari Kebangsaan 2017 anjuran bersama Majlis Perundingan Kampung Kilanas dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung sejak 20 Februari dan berakhir hari ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para pengunjung.