Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    100 kanak-kanak Palestin akan dirawat di Itali

    ROM, 25 JAN – Seratus kanak-kanak Palestin yang cedera di Gaza yang dilanda perang akan menerima rawatan perubatan di hospital-hospital Itali, kata kementerian pertahanan di Rom kelmarin.

    Sistem penjagaan kesihatan hampir keseluruhannya runtuh di Gaza selepas lebih tiga bulan pengeboman dan pertempuran Israel yang mengakibatkan kemusnahan di wilayah Palestin yang terkepung itu.

    Kementerian tersebut mengumumkan ‘permulaan operasi untuk membawa 100 kanak-kanak Palestin dan keluarga mereka dari Semenanjung Gaza ke kemudahan hospital Itali’.

    Tiga puluh kanak-kanak pertama akan dipindahkan dalam beberapa hari akan datang ‘dengan pengangkutan udara oleh tentera udara antara Itali dan Mesir’, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Tiga puluh kanak-kanak lain akan tiba pada akhir bulan ini dengan menaiki kapal tentera Itali, ‘Nave Vulcano’, yang akan meninggalkan pelabuhan Al Arish di Mesir tidak lama lagi, tambahnya.

    Kanak-kanak itu akan dimasukkan ke hospital di beberapa bandar Itali, termasuk Rom, Bologna, Florence dan Genoa.

    Secara berasingan, kementerian itu berkata ia sedang berbincang dengan negara-negara di rantau ini untuk menubuhkan sebuah hospital tentera di lapangan.

    Awal kelmarin, tujuh kanak-kanak Palestin yang cedera tiba di Perancis untuk menerima rawatan perubatan, pemindahan kedua sedemikian ke negara Eropah itu selepas dua kanak-kanak Palestin yang lain tiba pada Disember lalu. – AFP

    Kakitangan perubatan tentera merawat belia dan kanak-kanak Palestin di atas kapal tentera Perancis, LHD Dixmude, yang berfungsi sebagai hospital untuk merawat rakyat Palestin yang cedera ketika ia berlabuh di pelabuhan Al-Arish, Mesir pada 21 Januari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...