100 karton air mineral disumbangkan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Sebanyak 100 karton air mineral telah disumbangkan kepada Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi 1442H/2020M, hari ini.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Syarikat Awan Industries, Dayang Nurul Nazirah Sa’adatul Farhana binti Haji Mohd Taha kepada Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Amir Hisham bin Haji Masri pada majlis yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Bersedekah sama ada dengan wang atau lainnya merupakan amalan mulia yang memberi keuntungan kepada orang yang mengeluarkannya dan orang yang menerimanya.

Islam adalah agama yang mementingkan hubungan baik dalam kalangan umatnya yang dapat menjadikannya sebagai umat yang kuat dan bersatu-padu.

Dayang Nurul Nazirah Sa’adatul Farhana menyampaikan sumbangan kepada Haji Amir Hisham pada majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani