Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 kenderaan semarak Hari Kebangsaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC- Sebanyak 70 buah kereta dan 30 buah motosikal bermacam-macam jenama daripada klasik dan moden hari ini menyertai pameran yang bertemakan Semarak Hari Kebangsaan bertempat di kawasan letak kereta Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan acara pameran ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Pameran anjuran Kelab Benzer Brunei Darussalam itu adalah atas jemputan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk mengendalikan pameran kereta sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 bagi tahun 2024.

    Antara kereta yang dipamerkan di kawasan letak kereta Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda