Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 maut panas melampau di Mexico

    MEXICO, 30 JUN – Suhu panas melampau meragut lebih 100 nyawa di Mexico sepanjang Jun ini, susulan beberapa siri gelombang panas di negara Amerika Latin itu, menurut pihak berkuasa.

    Kumpulan saintis menjelaskan, pemanasan global memburukkan lagi keadaan cuaca, dengan banyak negara turut merekodkan suhu tinggi.

    Data dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada Rabu menunjukkan, lebih 1,000 kecemasan berkaitan haba dilaporkan di Mexico antara 12 Jun hingga 25 Jun lalu, di mana 104 daripadanya mengakibatkan kematian.

    Katanya, pihak berkuasa sudah melaporkan lapan kematian di antara 14 April hingga 31 Mei lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 112 mangsa, dengan punca utama adalah strok haba, diikuti dehidrasi.

    Wilayah utara Mexico melaporkan kematian paling tinggi iaitu 64 kematian direkodkan di negeri timur laut Nuevo Leon dan 19 di negara jiran Tamaulipas, bersempadan dengan negeri Texas Amerika Syarikat (AS) yang turut dilanda panas melampau.

    Kementerian itu menyatakan, di Mexico, suhu maksimum 49 darjah Celsius dicatat minggu ini di negeri barat laut Sonora.

    Katanya, suhu purata maksimum di Mexico ketika musim panas adalah tidak tetap iaitu antara 30 dan 45 darjah Celsius.

    Pihak berkuasa memberi amaran satu lagi gelombang haba boleh menjejaskan negara yang dihuni 127 juta orang bermula esok. – AFP

    Juruteknik Perubatan Kecemasan, Omar Amezcua merawat seorang pesakit selepas dia mengadu sakit dada pada 29 Jun, di Eagle pass, Texas. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda