Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 saksikan persembahan klasik India

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Lebih 100 orang hadir untuk menyaksikan persembahan Tarian Klasik India yang berlangsung di Auditorium Sekolah Antarabangsa Jerudong, hari ini.

    Hadir sama menyaksikan persembahan tarian Kathak oleh rombongan artis ternama dari India tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan datin.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Nagma Mohamed Mallick.

    Rombongan artis berkenaan diketuai oleh Pandit Jaikishan Maharaj, yang mana kedatangan mereka ke negara ini bersempena Ulang Tahun Hari Republik ke-68 India.

    Yang Berhormat Pehin dan datin antara tetamu khas yang hadir menyaksikan persembahan tarian Kathak.
    Yang Berhormat Pehin dan datin antara tetamu khas yang hadir menyaksikan persembahan tarian Kathak.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda