Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 sertai pertunjukan kereta, motosikal

    Oleh Nurdiyanah R.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Dengan matlamat mengumpulkan para penggemar kereta dan motosikal di negara ini, Andika Samudera Event Management selaku salah sebuah syarikat yang terlibat menjayakan Festival Disember Brunei 2017 (BDF2017) menganjurkan Pertandingan Pertunjukan Kereta dan Motosikal 2017.

    Pertandingan yang berlangsung di kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja itu telah dirasmikan petang tadi oleh Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Brunei, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Arshad @ Haji Sabli bin Haji Arshad yang kemudiannya turut menyaksikan pameran kereta-kereta yang dipertandingkan.

    Pengarah Urusan Andhika Samudera Event Management, Awang Suherdy bin Suli semasa menyampaikan ucapan selaku pengerusi majlis berkata, hampir 100 orang mengikuti pertandingan pertunjukan kereta dan motosikal berkenaan.

    Awang Suherdy bersama tetamu kehormat majlis menyaksikan pameran kereta-kereta yang dipertandingkan di acara berkenaan.
    ATAS & BAWAH: Antara kereta yang dipamerkan semasa Majlis Perasmian Pertandingan Pertunjukan Kereta dan Motosikal 2017 pada petang kelmarin.

    Dengan adanya majlis sebegini, tambahnya, ia diharap dapat menarik minat masyarakat di negara ini agar dapat menikmati penghujung cuti persekolahan dan berbelanja di negara sendiri yang secara tidak langsung dapat meningkatkan perekonomian usahawan-usahawan tempatan.

    Pertandingan seumpama ini pertama kali diselenggarakan oleh syarikat berkenaan dengan sokongan Kelab Old Garage Custom Cycle (OGCC) dan beberapa ahli kelab kereta dan motosikal di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda