Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 sertai program amal untuk Gaza

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, Kumpulan Belia Masjid Syababul Iman dengan kerjasama Persatuan WeCare dan disokong oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) baru-baru ini telah mengadakan satu program amal untuk mengumpul dana bagi Tabung Kebangsaan Rakyat Palestin di Gaza.

    Kira-kira 100 orang yang terdiri daripada kanak-kanak bersama ibu bapa dan penjaga serta orang ramai telah menyertai program tersebut.

    Antara aktiviti yang berkait dengan Palestin yang diisi sepanjang program berlangsung termasuk pertandingan Message For Gaza, pertandingan Art For Gaza, pertandingan Dress Up For Gaza, persembahan sketsa, persembahan nasyid, persembahan Open Mic, sesi perkongsian Story of Palestine dan lain-lain.

    Tujuan program amal diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, khususnya dalam kalangan kanak-kanak tentang nasib saudara Islam di Gaza, menghargai kanak-kanak Brunei sebagai perpaduan terhadap kanak-kanak di Gaza yang menjadi mangsa bagi musuh Islam dan mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berkebajikan serta mempelajari keteguhan anak-anak Gaza melalui penghayatan Al-Quran.

    Dengan adanya program ini, ia dapat menambahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberi keamanan di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya dapat mengumpulkan dana untuk tabung kemanusiaan rakyat Palestin di Gaza.

    Para peserta bergambar ramai semasa program berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara aktiviti yang disediakan semasa program berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda