Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 sukarelawan JPMC bantu bersihkan kubur

    Oleh: Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Lebih daripada 100 sukarelawan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) mempamerkan komitmen mereka kepada khidmat masyarakat menerusi Kempen Kebersihan yang berlangsung di Tanah Perkuburan Islam Jelutong Lampong dan Tanah Perkuburan Islam Polo, Bridex, Kampung Jerudong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPMC, di sini, menyatakan bahawa JPMC menerusi Jawatankuasa Ibadah Friendly Hospital (IFH) bekerjasama dengan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kampung Jerudong ‘A’ & ‘B’ dan Ketua-ketua Kampung Kampung Jerudong ‘A’ & ‘B’ untuk mengendalikan kempen kebersihan berkenaan.

    Kempen berkenaan telah diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Islam bin Haji Jaafar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Eksekutif JPMC.

    Sementara itu, kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Islam Polo, Bridex, telah diketuai oleh Pengarah The Brunei Cancer Centre, JPMC, Dr Haji Muhd Syafiq bin Abdullah.

    Pemangku Ketua Kampung Jerudong ‘A’, Awang Mohammad Nazmi Fai’iz bin Haji Abu Bakar dan Pemangku Ketua Kampung Jerudong ‘B’, Awang Kamis bin Panjang turut serta dalam usaha berkenaan bersama-sama kumpulan sukarelawan untuk memastikan kejayaan inisiatif berkenaan.

    Acara tahunan yang dianjurkan oleh IFH itu bermatlamat untuk memupuk budaya khidmat, kerja berpasukan dan tanggungjawab masyarakat di kalangan kakitangan JPMC. Dengan menyumbang kepada pemeliharaan ruang suci berkenaan, para peserta bukan sahaja menabur bakti kembali kepada masyarakat tetapi juga mengukuhkan hubungan mereka dengan orang yang mereka berkhidmat untuk.

     Antara suasana semasa kempen berkenaan.- GAMBAR SERAHAN JPMC 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda