Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 syarikat berpindah akibat Brexit

    THE HAGUE, 26 OGOS – Hampir 100 syarikat antarabangsa telah berpindah ke Belanda dan 325 lagi berminat disebabkan ketidakpastian berhubung pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU), kata para pegawai Belanda hari ini.

    Perniagaan-perniagaan Britain menunjukkan minat besar namun firma-firma dari Amerika Utara, Asia dan Australia juga meninjau peralihan ke Belanda, kata Agensi Pelaburan Asing Netherlands (NFIA).

    “Ketidakpastian berterusan memuncak di United Kingdom dan jelasnya tiada kemungkinan perjanjian, akan mengakibatkan pergolakan ekonomi besar bagi syarikat-syarikat ini,” kata ketua NFIA, Jeroen Nijland.

    “Inilah sebabnya kenapa banyak syarikat menyesuaikan perniagaan mereka di Belanda sebagai pangkalan baharu yang berpotensi dalam pasaran Eropah,” tambahnya dalam satu kenyataan.

    Sebanyak 62 syarikat pertama yang berpindah akibat Brexit telah mewujudkan sekitar 2,500 kerja dan 310 juta euro (AS$345 juta) pelaburan, lapor penyiaran NOS.

    Syarikat-syarikat termasuk penyedia data kewangan Bloomberg dan ibu pejabat Discovery Channel Eropah antara yang telah berpindah baru-baru ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda