Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Pertubuhan Wargamas Brunei Darussalam, hari ini, mengadakan Majlis Khatam 64 kali yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Majlis yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan oleh biro keagamaan pertubuhan berkenaan dengan disertai 100 orang peserta.
Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Doa Tahlil dan doa oleh Haji Ariffin @Nipah bin Haji Hassan selaku wakil Pertubuhan Wargamas.
Pertubuhan Wargamas Brunei Darussalam ditubuhkan untuk menyatukan warga emas seluruh negara yang mana pada masa ini sedang merancang beberapa program dan aktiviti yang menjurus kepada kemasyarakatan, keagamaan, perekonomian, perpaduan, kebajikan dan lainnya.
Ini adalah untuk memberi faedah dan bermanfaat untuk warga emas khasnya dan keharmonian negara amnya.