100 warga Jabatan Muzium-muzium hadiri Taklimat Life Saver 995

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Seramai 100 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Muzium-muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menghadiri Taklimat Life Saver 995, yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di Bangunan Arkib Negara pada 15 Oktober lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, hadir pada taklimat berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus.

Dalam taklimat itu, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran dan juga keselamatan lain.

Peserta telah didedahkan mengenai isu keselamatan melalui teori dan praktikal serta didedahkan tentang penggunaan alat pemadam api yang betul mengikut kelas-kelas
api.

JBP juga menawarkan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan kursus marsyal bomba selama tiga hari.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Ibu Pejabat Bahagian Perhubungan Awam di talian 2380409 sambungan 111.

YAM Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus semasa praktikal penggunaan alat pemadam api yang betul. – Gambar serahan JBP