Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,000 aduan pengkhianatan Merkel difailkan sejak 2015

    BERLIN, 30 Ogos – Lebih daripada 1,000 aduan jenayah bagi pengkhianatan tinggi telah difailkan terhadap Canselor Jerman, Angela Merkel sejak krisis pelarian memuncak dalam tahun 2015, lapor media setempat hari ini.

    Kebanyakan aduan itu datang daripada penyokong-penyokong sayap kanan Alternatif bagi Parti Jerman (AfD), yang bersiap sedia untuk memenangi kerusi-kerusi dalam parlimen federal buat pertama kali dalam pilihan raya umum bulan depan, menurut akhbar harian Mannheimer Morgen.

    “Aduan-aduan terhadap canselor itu semuanya telah dianggap tidak berasas,” seorang jurucakap bagi pejabat pendakwa raya federal, Frauke Koehler memberitahu akhbar itu.

    Para pendakwa raya federal di bandar barat daya, Karlsruhe bertanggungjawab bagi menyiasat kesalahan-kesalahan keselamatan negara dan diperlukan oleh undang-undang untuk mengkaji semula semua aduan jenayah sebegini.

    Keputusan Merkel untuk membenarkan masuk lebih daripada satu juta pencari suaka dalam tahun 2015 dan 2016 membuatkan sokongan bagi parti Kesatuan Demokratik Kristian miliknya menjunam, namun sokongan terhadapnya telah pulih apabila kedatangan baru mula berkurangan.

    Beliau sekarang menikmati pendahuluan dua angka berbanding pesaingnya dari Demokratik Sosial, Martin Schulz dalam bidaannya untuk memimpin Jerman bagi tempoh keempat.

    Bagaimanapun, penyokong-penyokong AfD telah memberikan tekanan terhadap perhimpunan-perhimpunan kempennya, terutamanya pada bekas kawasan komunis di timur negara itu.

    Di Bitterfel-Wolfen lewat kelmarin, Merkel menerima beberapa ejekan dan jeritan “keluar!”.

    Dalam satu pilihan raya negeri tahun lepas, AfD memperoleh kira-kira 32 peratus daripada undian dalam bandar itu, pernah suatu ketika menjadi jantung industri kimia Jerman Timur.

    Pada kempen selepas itu di bandar timur Brandenburg an der Havel, canselor berkenaan juga diejek, dengan beberapa penunjuk perasaan memegang petanda mengatakan “Merkel perlu pergi!,” seakan jeritan perhimpunan pro demokrasi pada lewat 1980an, “Tembok (Berlin) perlu pergi!”.

    AfD yang tidak begitu membidas ekstremis anti-Muslim ketika ini memperoleh di antara lapan dan sembilan peratus undian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda