Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,000 hilang tempat tinggal selepas kebakaran

    JAKARTA, 31 JULAI – Kira-kira 1,000 orang daripada 200 keluarga hilang tempat tinggal selepas kebakaran melanda kawasan kejiranan di Penjaringan, utara Jakarta malam kelmarin.

    Kebakaran yang berlaku pada 9:20 malam waktu tempatan, telah memusnahkan 400 kediaman di Vikamas Selatan dekat Kapuk Muara, menurut agensi mitigasi bencana tempatan (BPBD Jakarta).

    Kebakaran berlangsung selama beberapa jam sebelum 140 anggota bomba bersama 25 jentera dari seluruh daerah berjaya memadam api sekitar jam 11:49 malam.

    Ketua Balai Bomba Jakarta Utara Abdul Wahid berkata pihaknya mengambil masa yang lama untuk memadamkan kebakaran kerana tiada punca bekalan air dan dimarakkan lagi dengan tiupan angin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda