Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    1,000 kanak-kanak masih terpisah daripada ibu bapa

    WASHINGTON, 29 APRIL – Amerika Syarikat (AS) masih cuba menyatukan semula kira-kira 1,000 kanak-kanak migran yang dipisahkan daripada ibu bapa mereka di bawah satu dasar kontroversi dilaksanakan bekas presidennya, Donald Trump pada 2018, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Alejandro Mayorkas.

    Bercakap pada sesi kongres mengenai pembiayaan untuk agensinya, beliau berkata jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan oleh Presiden Joe Biden berjaya menyatukan semula 200 kanak-kanak dengan ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun, menurutnya, masih ada kira-kira 1,000 kanak-kanak yang belum disatukan dengan ibu bapa.

    Mayorkas memberitahu ibu bapa bagi 500 kanak-kanak berkenaan telah dihubungi oleh pegawai AS manakala 400 lagi ‘dalam proses penyatuan semula’.

    Selepas pentadbiran Trump melaksanakan dasar imigresen ‘toleransi sifar’ yang mengundang kontroversi pada 2018, hampir 4,000 kanak-kanak dipisahkan daripada keluarga di sempadan AS-Mexico, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS).

    Dokumen mahkamah meletakkan jumlah yang lebih tinggi, iaitu 5,500. Menurut DHS, lebih 2,000 kanak-kanak dibantu untuk disatukan semula dengan ibu bapa sebelum pasukan petugas berkenaan dibentuk. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...