Monday, February 24, 2025
21.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,000 pelajar sertai maraton mini SR YSHHB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Seramai 1,000 pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 menyertai acara maraton mini yang diadakan di Sekolah Rendah (SR) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), kelmarin.

    Pengetua SR YSHHB, Hajah Hafizah binti Haji Salat, hadir bagi melancarkan pelepasan peserta bagi setiap kumpulan dan seterusnya menyampaikan pingat kemenangan kepada semua pemenang dalam majlis penyampaian di dewan sekolah rendah berkenaan.

    Sebelum acara pelepasan, taklimat keselamatan ringkas diberikan kepada peserta, diikuti dengan sesi pemanasan badan.

    Acara tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum sekolah yang dianjurkan setiap tahun oleh Unit Kokurikulum SR YSHHB.

    Ia bertujuan untuk melatih pelajar bersaing secara sihat, menggalakkan penyertaan dalam aktiviti fizikal, serta memupuk gaya hidup aktif dan sihat.

    Selain itu, maraton mini itu juga menjadi sebahagian daripada acara tambahan untuk kutipan pingat antara rumah sukan menjelang Hari Sukan SR YSHHB 2025.

    Pelajar-pelajar semasa marathon mini di kawasan sekolah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda