Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan bagi anak tempatan termasuk 66 jawatan yang dibukakan khusus bagi golongan orang yang berkelainan upaya (OKU) ditawarkan oleh lebih 50 buah syarikat swasta dari pelbagai sektor semasa Ekspo Kerjaya 2023 yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity.
Ekspo Kerjaya 2023 yang dianjurkan oleh Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri, sedang berlangsung sehingga 22 Oktober bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Sehubungan dengan itu, Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad, yang juga ahli MPEC, hari ini.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.