Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,000 pempamer sertai ekspo China-Arab

    YINCHUAN, 21 SEPT – Ekspo China-Arab keenam bertemakan ‘berganding bahu pada era baharu, memegang peluang baharu dan berkongsi masa depan yang baharu’ dirasmikan di sini hari ini.

    Sebagai platform penting dalam pembinaan bersama China dan negara-negara Arab dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), temasya ekspo anjuran kerajaan wilayah Ningxia itu berfokus kepada ekonomi, perdagangan, peluang perniagaan dan penjenamaan.

    Promosi kerjasama baharu yang melibatkan industri hijau dan karbon rendah, ekonomi digital, perubatan dan kesihatan, berserta pendekatan yang baharu seperti kajian dan tinjauan fizikal boleh didapati di tapak pameran yang terdiri daripada empat zon, iaitu zon profesional, antarabangsa, domestik dan wilayah Ningxia.

    Lebih 10,000 orang yang terdiri ahli politik dan tetamu dari 56 buah negara dan lebih 1,000 syarikat dalam dan luar sudah menunjukkan minat untuk menyertai aktiviti ekspo kali ini atau meningkatkan penyelarasan dalam kerjasama selanjutnya. – Bernama

    Pameran dwitahunan hasil kerjasama China dan negara-negara Arab yang berorientasikan global. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda